Monday, December 19, 2011

Tentang Dhia



Selesai sudah menonton cerita drama bersiri di TV3, Slot Akasia TENTANG DHIA...cerita yang aku rasa korang semua mesti tengok kan??? Mana taknya, setiap kali tepat pukul 5 petang semua berebut-rebut nak balik rumah secepat yang boleh sebab nak menonton cerita nih...

Kiranya aku pun sama la tuh...tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, aku terus ke kereta dan start enjin kereta memecut terus balik ke rumah sewa.... 

vrrrroooommmmmm!!! zzuuuuuussssssssssssssssss!!!!
-
-
-
Kalo la aku dapat kereta nih! Untung!! (Gambar Hiasan)
Tak rugi kalo korang tengok cerita nih! Lagipun banyak pengajaran yang diselitkan dalam cerita nih terutamanya dalam zaman moden sekarang...yang mana ramai jugak orang still guna ilmu hitam sebab cemburu, iri hati dan benci...sanggup bunuh-membunuh sebab nak penuhi kepuasan bila orang yang dibenci tuh mati...

So, cuba tengok dan hayati cerita nih daripada korang lebih kepada berangan nakkan lelaki macam si Zikir (Ady Putra) tu...aku tau la! Korang memang suka kan! (Aku pun sama! tak payah cakap orang!) haha~

Aku rasa aku dh start nak merepek kalo lagi panjang aku tulis ni! Kepada sesiapa yang belum menonton cerita nih, bolehla tonton di TV3 nnti yer! 

Selamat Menonton!

~Bila Rindu Bertamu~



Hari ni merupakan hari yang paling busy tapi aku still boleh update blog aku! Kira blog nih aku jadikan sebagai terapi jugaklah untuk menenangkan fikiran aku sekejap selepas berhempas-pulas memerah otak untuk marking assignment students! 

Tiba-tiba nak promote kolej tempat aku keje! hee~ ^_^
 Kadang-kadang terfikir gak nak cari kerja lain, tapi hati nih macam dah serasi plak!

Aku pun dah mula seronok dan sayang kat kerja nih...terutama kat students yang dah aku anggap macam adik aku sendiri...bila tengok diorang semua berjaya dan lulus subject aku, aku rasa terharu dan rasa bahagia sangat-sangat...

Betul kata orang, yang kerja sebagai pendidik nih tersangatla best! Memang penat tp berbaloi terutama bila students dapat higher marks dan lulus subject kita...Best!

Aku dah rasa macam jiwang pulak nih post benda alah nih! Why? Why?

Oklah! Stop! No more jiwang-jiwang! 

Sila buat kerja anda dengan rajin yer!
ADIOS!! (^_________^)

**Tajuk entry memang tak ada kena-mengena!! Saja bengong! heee~ (^_~)v

Sunday, December 18, 2011

Songlap! (Kerja Kotor. Sapu Bersih)


Aku dah tengok cerita SONGLAP ni! Korang dah ke belum?? Bagi aku, jalan cerita filem nih memang menarik...kiranya aku boleh bagi dalam 5 daripada 5 bintang....

Kat sini aku sharekan sikit sinopsis cerita nih...

Kisah bermula dengan 2 orang adik-beradik yang mana maknya adalah seorang pelacur...kiranya adik (syafie - sebagai ad) macam baik sikit la...tapi terpaksa ikut abang dia sebab nak cari duit untuk pergi jauh dari tempat diorang tu...abangnya plak (shaheizy - sebagai am) ni memang suka berjudi dan banyak kali kalah judi...so, ada orang offer kerja kat dia iaitu menjalankan aktiviti permerdagangan manusia...sebab tu nanti korang tengok akan ada seorang perempuan yang adik (ad) selamatkan dari kena jual...

Oppsss!! Aku tak boleh cerita lebih-lebih...Apa kata korang pergi tengok sendiri eh! Conform korang suka punya!! Pergi, jangan tak pergi!!

Sila la beratur membeli tiket wayang filem nih yer!
Selamat Menonton!

 

Kereknya Kau!!



Rasa macam poyo sangat kan entry aku kali nih...ngeee~ (^_^)

Anyway, tak ada benda pun nak update hari nih...just nak share gambar yang aku rasa dah macam cover album...aku ulang, cover album!!



Aku dah rasa macam dah terlalu famous dan dah banyak album aku pernah keluarkan...lagipun aku dah ada peminat setia yang sentiasa menyokong career aku selama nih...padahal kalo ikutkan, memang tak ada apa pun! haha~

See! Kan aku dh cakap! haha~
Dah-dah!! Aku dah tak sanggup nak membangga diri walau pada zahirnya memang aku tak reti pun main gitar!! hahahahaha~

Jangan Marah Yer!! 
ADIOS!! (^_~)v

Saturday, December 17, 2011

Aku Gediks~



Disebabkan aku tersangatlah stress menanda assignment student yg aku rase macam nak hantuk2 jer kepala aku kat dinding, lebih baik aku update blog aku! 

Kalo diikutkan xdela ape pun nak update, gediks jek lebih! hahaha~ :D
 
Nih semua disebabkan oleh assignment yang sememangnya banyak aku kena marking nih...kalo tak percaya, cuba korang tengok gambar yang aku uploadkan nih....




Banyak tak?? Nih baru sekotak! Ade lagi sekotak kat office tu yang belum aku marking lagi...Semua nih gara2 mengejar dateline carrymarks yang due pada hari Jumaat depan!

AKU STRESS!! gugugugugu~

***CONFIRM tak lama nanti aku kurus! Mana taknyer, hari2 duk mengadap benda alah nih... (ada kena-mengena tak pasal KURUS tu??? Aku dah bengong!)
 

Friday, December 16, 2011

~Kisah Ibu, Anak dan Cekodok!~

Entry harini berkenaan ibu dan anak...yang mana anaknyer mati tercekik disebabkan nak kan CEKODOK!! Sure korang gelak bagai nak rak!! Best!! Dilakonkan oleh student UiTM Jengka, Pahang! Apepun UiTM dihatiku!! Enjoy!! Weeee~ (^_~)v



Thursday, December 15, 2011

~6 Sebab Boleh Buat Lecturer or Cikgu Marah!~

Salam and Hye All!!


Entry aku kali nih pasal student aku yang sememangnyer tengah buat aku marah! Actually, bukan marah sangat pun! Just gerammmmmm sgt2!! Ada banyak sangat reason yang boleh membuatkan aku or korang (lecturer/cikgu) marah...tapi kat sini aku 'stated'kan hanya 6 saja! Cuba tengok, mana tau sama ke reasonnyer ngan aku!

Stress!! (*_*)
  1. Biasela, bila mengajar di IPTS nih kan kebanyakkan subject or memang semua subject in English..so, nak taknak aku kena mengajar in English...yang buat aku geram tu, bila aku mintak explain sesuatu 'term' tu, diorang dengan slumbernya bagi aku MAKSUD dalam bahasa Melayu! Kalo macam tu, lebih baik diorang kerja dengan Google sebagai translator, senang idup! Duit pun banyak! 
  2. DUE DATE ASSIGNMENT pun boleh jadi 1 masalah...mula2 semester lagi aku dah minta diorang hantar assignment diorang pada tarikh yang ditetapkan...tiap2 minggu aku tanya pasal assignment dengan diorang...tapi diorang buat2 tak tau dan sampai masa baru nak siapkan..as the result, assignment diorang memang assignment tangkap muat!! Segala macam benda merepek yang diorang letak dalam assignment tu!! (boleh migrain aku baca!)
  3. Yang ni lagi aku tak boleh 'handle' bila kebanyakkan student nih tak pernah nak ambil tahu assignment diorang...bila kita minta diorang tubuhkan GROUP untuk buat assignment, diorang buat tak reti jek..bila tarikh due date assignment dah tinggal lagi 2-3 minggu baru terhegeh2 datang jumpa tanya dia group mana??? Dah jadi 1 hal, aku pula yang kena pikir masalah group dia!!
  4. Bila sampai masa dah hantar semua report assignment, baru datang jumpa mintak tambah markah sebab diorang tau markah diorang sikit sangat...takut tak cukup CARRYMARKS untuk dicampurkan dengan final! (kadang2 bosan nak layan!)
  5. KEHADIRAN masa lecture and tutorial (depends on college --- ada college just ada lecture saja..tapi college aku ada dua2) memangla sangat tidak memberangsangkan!! Bila aku tanya kenapa tak datang kelas, boleh dia jawab lupa ada klas dan tak tau dia ada kelas haritu! (tak ke menyirap aku rasa! sabo jela!)
  6. Last skali, BUDI PEKERTI DAN ADAB SOPAN!! Yang ni memang agak kurang skit..terutama student yang rasa diri dia lebih hebat daripada lecturer/cikgu diorang...perkataan yang keluar dari mulut diorang memang boleh dikategorikan sebagai kurang asam! (sakit ati wooooo!!!)
**Walaupun aku memang nampak macam garang (nih student aku cakap...bukan aku!!) Aku SAYANG STUDENT AKU!!! LUV U ALL!! Peace~ (^_~)v


Monday, December 12, 2011

~Bercinta Selepas Kahwin!~

Today, aku nk kongsikan tentang kebahagian yg mungkin korang kecapi bila bercinta selepas kahwin! So, lepas ni korang boleh pilih sama ada nk bercinta sebelum kahwin or selepas kahwin...heee~ (^_~)v



Kebanyakkan pasangan zaman sekarang ni akan ada hubungan sebelum berkahwin which means 'couple'.. Kebanyakkannyer couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan (tuh maybe dh mmg jodoh die)...tp ada gak yang baru 'in relationship', then kahwin...dlm masa yg sama pun banyak gak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke-3??? Ops!! benarkah orang yg ke-3 menyebabkan banyak yang terputus hubungan?? maybe sbab perasaan yg dh berkurang dan menyebabkan pasangan dh mula rasa boring dlm meneruskan hubungan...betul ke???

Couple Sebelum Kahwin!!

Kalo nk diikutkn byk gak kebaikkan dan keburukkan yg ade bile 'couple' sebelum kahwin ni...so, jom kite tgk ape kebaikkan dan keburukkannyer...

  • Kenapa bagus?
Actually, bergantung pada niat sebenarnye...kalo niat kita baik, InsyaAllah segalanyer akan jd baik...lebih2 lagi kalo kite menjaga tatasusila dan adat sopan budaya serta batas2 pergaulan kita...boleh dikatakan kalo kite pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit or kire cm save budget la kan...heeee~ (^_^) Dikatakan cmtu sebab kalo dpt pasangan yg bgus, die takkan biarkan pasangannya membazirkan duit sesuka hati dan selalu mengingatkan pasangannyer supaya tak membazir...lagipun couple ni boleh saling mengingatkan antara satu sama lain especially untuk hal2 ibadah cthnyer, "u dah solat belum?".
  • Kenapa tak bagus?
Aku rase yg buruk nih mcm lebih byk jek kn...tp aku tak tau la...bergantung pada individu masing2...terutama soal iman dan nafsu...kalo iman tak kuat, mesti kita akan ikut nafsu dan bukan ikut akal fikiran...yela, mesti la ade perasaan nk cube sesuatu yg baru kn??tul tak??so, pikir2knla....heee~ (^_^)
Pasni mesti ramai yg ckp, 'Kalo tak jumpa dan kenal2 dulu, macam mana nak tau die tu sesuai untuk kite ke tak??' Tu sume terpulang pada individu masing2...yela, korang mesti ade pendapat dan pendirian sendiri kn tentang perihal cari jodoh nih kan...aku serahkan jawapannyer pd korang untuk pikir2kn...tetapi dalam Islam memang digalakkan bercinta selepas kahwin dan ianya sesuatu yg diredhai Allah s.w.t sebab kite nk buat apepun dh jd sesuatu yg halal antara suami dan isteri...lagipun bole elakkan fitnah dari org lain...

Nak cari calon yg sesuai nih mestila melihat kepada org yg mampu membahagiakan rumah tangga dengan memberi ketenangan, kerahmatan dan keharmonian di dalam perkahwinan...calon yg dikatakan sesuai adalah yg taat kepada agama dan berakhlak mulia...beriku adalah sabda Rasulullah mengenai calon yg bagus untuk dipilih:
Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
**Secara kesimpulannya, memang seronok bercinta selepas kahwin nih!! cube korang bayang kan mcm drama Nora Elena ke...mesti best punyer!! apelagi, renung2kanla...ngeee~ (^_~)v

Credit to: Saiazuan Blog


Borang Permohonan Bantuan BR1M RM500

Wahhhhh!! A very long time sejak bulan September aku jarang 'update' blog aku...kali nih aku 'update' sbab aku nak kongsi ngan korang tentang Bantuan Permohonan BR1M RM500 yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia terutama yang mempunyai pendapatan kasar RM3000 dan kebawah...

Borang ni telah dikeluarkan pada 10 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu...borang ni boleh juga di 'download' melalui laman web Kementerian Kewangan, www.treasury.gov.my

Selain itu, borang ni boleh juga di'download' di link yg disediakan seperti dibawah:


Alternatif link download seperti di bawah:


Tuesday, September 6, 2011

Salam Merdeka Raya!!


Salam and Hye All!!

Wahhh!! dah lame rasenyer aku tak update blog aku nih...sempena bulan Syawal yang mulia nih aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir and Batin kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia mahupun dunia...aku mohon ampun jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata...maafkan aku!

Untuk rakyat Malaysia, aku ucapkan Selamat Hari Merdeka memandangkan kita beraya di hari kemerdekaan Malaysia!!

Pantun Raya utk korang semua:

Kecik2 dah pandai bergaya,
Bila besar jadi buaya,
Hari ni last puasa sok raya,
Kalau ada dosa dan silap kira 'burn' lah yer!

SALAM MERDEKA RAYA!! (^_______^)v

Thursday, July 7, 2011

~Gila Kuasa!!~



Semalam aku dah berkongsi info tentang masalah hati iaitu hasad dengki n iri hati...arini aku nak sentuh tentang orang yg GILA KUASA plak! Boleh la dikatakan orang yg mempunyai sifat2 pendengki juga mempunyai sifat2 gila kuasa nih...zaman sekarang nih mcm2 orang boleh buat untuk menjatuhkan maruah n menutup periuk nasik orang lain disebabkan sifat2 dengki n gila kuasa nih...ish3...kesiaannnnn...so, skang nih jom kita baca tentang ciri2 orang yg boleh dikategorikan sebagai orang yg GILA KUASA!!

Ciri2 orang yg GILA KUASA!!:

1. Tak perlu hensem dan kaya, cuma perlukan bakat menipu yang amat tinggi. Percakapan teratur apabila bertutur adalah kelebihan si gila kuasa...eeee nyampah!!

2. Tidak akan mengaku kalah walau kelemahannnya terpampang dan biasanya akan menceritakan tentang ke"power"an nye sahaja..padahal takde ape pun! huh!

3. Suka "memetik" nama individu lain sekiranya dimarah oleh bos asalkan dia terlepas dari kesilapan yang dilakukan bersama rakan yang lain...tak pun memang die jenis yg expert buat sendiri tp pandai cover...cettt!!!

4. Suka menunjuk2 kerjanya yang tak seberapa tetapi dilakukan bagaikan best gile sekiranya didepan orang yang boleh menaikkan kuasa nye... naik mana lah sangat kuasa ko? 3000 HP?

5. Suka memandang rendah idea orang lain walau dia bodoh tentang itu. Biasanya orang seperti ini akan diam sekiranya ditanya ideanya tetapi biasa meng"kondem" idea orang lain...macamla die bgus sgt kan!! benci jek!!

6. Biasanya, mesti ada orang yang ada persamaan dengan dirinya, tetapi manusia jenis gila kuasa ini akan menjatuhkan seorang lagi makhluk yang gila kuasa ini dengan meng"kondem" antara satu sama lain...nampak sgt dh takde keje lain!

7. Dia akan berlakon begitu perfect didepan bos tetapi dibelakang boss malas nak mampus... satu benda kerja pun tanak buat.. dan mereka ini nak buat kerja yang boss buat je... kerja2 peon meon, clerk tanak buat walau takde orang nak buat..

8. Mereka ini juga tidak perlu mempunyai ciri2 seperti lelaki ampang...mereka perlu pandai jaga hati orang yang berkuasa sbb dia nak rampas kuasa yang ada...

9. Selalu memperlekehkan kerja2 yang membosankan dan tidak "CLASS" seperti yang dilakukan oleh orang bawahan...

10. Mereka ini bercita2 tinggi tapi usaha yg betul dijalankan takde...Baru masuk kerja dah bercita2 nak jadi MD. Kalau boleh nak naik MD dulu tanpa melalui rasa kepayahan dan keperitan duduk dibawah...

11. Orang macam ni juga selalu menceritakan kebaikannya pada boss dan akan membuka pekung orang lain dengan cara sindiran tanpa berterus terang sehinggakan timbul tanda tanya dari boss.

12. Kalau boleh semua kerjanya dilakukan oleh orang lain dan dia boleh bersenang lenang walau belum menjadi boss...ini mungkin satu latihan untuk menjadi orang yang berkuasa... Gila betul lah orang gila kuasa ni!!

13. Akan dibenci ramai dan akan dapat pahala umpatan atas segala perbuatannya yang diumpat oleh orang lain...Pegi mampus lah kau dengan pangkat yang kau kejar!!! ade aku kesah??!!! 


*Bagi aku tak perlu la nak tunjuk bagus kalo korang sendiri dh memang tak bagus...tunjuk jela setakat mane kemampuan korang...janganla nak berlagak bagus! bukan ke setiap orang ade kelebihan n kekurangan masing2...FIKIR2KANLAH!!!! adios!! (^_~)v


Sumber: The Altimet Kudu

Wednesday, July 6, 2011

Hasad Dengki dan Iri Hati~


 
Entry kali nih aku nk cerita pasal hasad dengki dan iri hati...seperti yg korang tau, hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yg terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan 'hasad' berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya. Dalam bahasa Melayu plak, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."

Kat setiap tempat kita tinggal, belajar, bekerja dan sebagainya mesti takkan lari daripada masalah hasad dengki nih...mengikut Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah: 

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati. 

 

So, kita kenalah sentiasa menghindarkan diri dari penyakit hati nih...bukan elok pun nak dengki2 orang nih..nanti akhirnya kita gak yg rugi...RENUNG2KAN!! FIKIR2KAN!! SELAMAT BERAMAL!! peace~ (^_~)v



Sumber: Halaqah.net

Monday, July 4, 2011

Pros n Cons Pelaburan~


 Salam and hye all!!

Arini aku nk kongsi ngan korang tentang jenis2 pelaburan serta pros n cons nyer bila kita buat pelaburan nih...aku terdetik nak sentuh tentang isu nih sebab tadi aku dengar kat radio HotFM pasal orang muda zaman sekarang yg lebih cenderung berbelanja pada barang2 techno or gadget2 berbanding membuat pelaburan utk jangka masa panjang....so, mari membaca! (^_~)v

Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% – 2% pulangan)
Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa + – 5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.

Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (2% – 3% pulangan)
Penerangan:
Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).


Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% – 300%)
Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham
Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran brokerage remisier yang tinggi dsb

Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya
Penerangan:
Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syarikat sebagai cagaran
Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika sebelum waktu matang tak kira untung atau rugi.

Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)
Penerangan:
pelaburan dalam hartanah spt rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi
Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iautu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.

Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)
Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.


*untuk info yg lebih byk sila2kanla diri korang utk view page nih >>> Islamic Based Unit Trust by Public Mutual

Tuesday, June 14, 2011

~Sky Burial/Penguburan Langit~

Entry hari nih saja aku nak share ngan korang pasal cara pengebumian orang Tibet...aku mula2 tu agak 'shock' gak la...mana taknya, cara pengebumian diorang ni agak mengerikan untuk aku...tapi aku tak tau la korang camne kan...ngee~ 

Semua orang tau yg acara pengebumian selalunya menyedihkan...tapi apa yg orang2 Tibet buat nih jauh lebih menyedihkan dan mengerikan...pengebumian diorang nih dipanggil sebagai "Sky Burial" or "Penguburan Langit" dimana diorang akan letakkan jenazah tadi kat tengah2 padang yg luas dan biarkan burung2 pemakan bangkai untuk makan jenazah orang yg dh meninggal tuh (ngeri kan????) huuuu~

Diorang akan letakkan jenazah orang yg meninggal tu ditempatkan di puncak gunung dan kemudian diorang iris2 dan sayat2 mayat tuh supaya burung2 pemakan bangkai tuh tertarik untuk datang makan jenazah tuh...kat bawah nih aku bagi korang tengok proses penguburan langit yg dilakukan oleh orang2 Tibet nih...**kalo sesiapa yg rase mual, loya or pening2 lalat tuh, aku nasihatkan baik korang tak payah tengok! 







Actually, kebanyakkan orang2 Tibet nih Buddha...diorang percaya pada kelahiran semula..disebabkan tu la selepas seseorang yg telah meninggal dunia, mereka akan dianggap tak lebih dari bekas kosong yg perlu dibuang...mereka memilih untuk melakukan penguburan langit nih disebabkan oleh tanah2 kat Tibet nih berbatu dan kurang sumber bahan api terutamanya kayu api...so, diorang lebih prefer untuk buat penguburan langit daripada bakar jenazah2 nih...bagi kita kat Malaysia, benda2 macam nih memangla menyeksa jenazah dan sgt2la mengerikan...tapi bagi diorang kat Tibet, "penguburan langit" or "Sky Burial" nih menunjukkan betapa murahnya hati orang yg meninggal dunia tu sebab diorang sanggup berikan badan diorang sebagai makanan kat makhluk lain...NGERI AKU!! huuu~



*Bukan ke sama kat Malaysia ngan kes orang buang bayi merata2 sampai dimakan oleh binatang seperti anjing...kesian kan??? so, tak ada yg mustahil dalam dunia nih...renung2kanlah...SEDIH!! huuu~ (*_*)

Monday, June 13, 2011

~2 in 1 voice!!~

Kali nih aku uploadkan video dari Thailand's Got Talent plak! Ladyboy nih memang best sgt suara dia...aku rasa kalo lelaki tengok, mesti tak akan sangka la yg die ladyboy....so, apa lagi...JOM TENGOK!! heee~

~3 Rumah Terkecil di Dunia~

Kali ni aku nak share ngan korang semua 3 Rumah Terkecil di Dunia! Walaupun korang tengok rumah nih kecil, sempit dan macam tak ada ruang nak bernafas jek, tapi rumah nih sangatlah kemas, unik dan sangat menarik untuk didiami! JOM KITA TENGOK!!

Pertama:
Rumah trailer! Rumah nih dibina oleh warga Amerika iaitu Paul Elkins untuk Burning Man Festival...tapi lepas itu, dia rase seronok nak tinggal dekat dalam trailer tu...walaupun trailer nih kecil, dalam trailer ni ader dapur untuk memasak dan tempat utk tidur...tapi kalo untuk buang air tu aku rase tak ada! pandai2la dia nak buang katne! heee~ (^_~)v




Kedua:
Rumah yg kedua ni dipanggil Rumah Rollit! Ianya dibina oleh mahasiswa dari University of Karlsruhe di Jerman...rumah nih konsep sama macam rumah hamster (ala..kan hamster suka main rolling tu..pusing2 macam roda...) Dalam rumah nih ada ruang untuk tidur, kerusi, meja, toilet (penting ni!) dan dapur yg mana berada pada ruang yg sama.... ^_^







Ketiga:
Yg ketiga nih namanya Rumah Kecil Toronto! Rumah ni pulak sebenarnya terselit di celah2 rumah yg lain...rumah nih hanya memiliki lebar 2.2 meter n panjang sekitar 30 meter saja! Rumah nih ada ruang tamu, dapur, toilet n bilik tidur...kalo korang nak duduk rumah camni kat Malaysia, agak2 korang kat mana eh tempat yg sesuai??heee~




* Terlalu banyak keunikan yang ada di dunia nih samaada kita sedar atau tak...MACAM-MACAM ADA!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...