Tuesday, May 3, 2011

nk buat ape mlm ni??

mlm ni xtau nk watpe..
so, td aku baca metro on9..
ade 1 brite yg menarik bole aku kongsikan kat cni...
cerita pasal 'Roti Canai Ikan Goreng'..
menarik kn???tringin jek...
ni yg membuatkan aku lapo nk mkn roti canai mlm2 cmni...
ngeh3...
(^_~)v


'Roti Canai Ikan Goreng'
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my


JASIN: Lazimnya roti canai dihidangkan bersama kuah kari daging atau ayam, sambal dal, namun seorang peniaga mempunyai menu istimewa untuk pelanggannya apabila menyediakan ikan untuk dimakan bersama roti canai.
Menu istimewa ikan kembung dan selar pelaling yang digoreng bersama bawang atau sos lada itu menjadi antara daya tarikan bagi pelanggan di Warung Izat di pekan Merlimau, dekat sini, sejak lebih 20 tahun lalu.

Peniaga berkenaan, Rohaizat Mat Diah, 47, berkata dia mula menyediakan hidangan sebagai ganti kepada kuah untuk roti canai selepas ada permintaan daripada pelanggan yang kebetulan membawa sekali ikan mentah.
Katanya, sejak itu dia terus menjadikan hidangan ikan berkenaan sebagai pilihan kepada pelanggannya yang mahu mencari cita rasa berbeza berbanding tempat lain yang lazimnya menyediakan daging lembu, kambing atau ayam dengan pelbagai masakan sebagai pilihan menggantikan kuah.

“Saya tak sangka menu tambahan disediakan ini mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat. Malah, bagi orang luar yang pertama kali melihat pelanggan tetapnya membuat tempahan ikan mereka juga pasti mahu mencubanya.

“Sejak dulu lagi saya hanya menyediakan dua jenis ikan saja kerana ia bersaiz kecil dan cepat masak serta rasanya yang enak, selain mendapat permintaan tinggi berbanding ikan jenis lain.
“Tidak sangka pula selepas dua tahun menu ini kekal sehingga sekarang dan menjadi daya tarikan di tempat saya,” katanya kepada Metroplus.

Menurut Rohaizat, dalam sehari dia menjual 30 ikan pada harga RM1.50 seekor dengan pilihan sama ada digoreng bersama bawang atau lada.
Katanya, menu ini disediakan hampir setiap hari sepanjang tempoh dia berniaga untuk sarapan pagi selama empat jam bermula jam 7.30 pagi.

“Ikan ini saya peroleh daripada pasar berhampiran dan ia terus digoreng pada hari berkenaan untuk hidangan kepada pelanggan,” katanya yang dibantu sepenuhnya oleh isteri dan anaknya di kedai.

Sementara itu, pelanggan, Liayana Ahmad, 24, berkata setiap kali pulang bercuti ke rumah ibu bapanya di Taman Muhibbah, di sini, dia pasti tidak melepaskan peluang singgah ke warung berkenaan bagi makan roti canai bersama ikan goreng.

Beliau yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, memang sukar mendapat menu seperti ini di tempat lain. “Ia adalah menu kegemaran saya, kerana bukan mudah untuk menemui ikan goreng segar yang dimasak sekali dengan roti canai,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Mohmood Ahmad, 63, berkata dia adalah pelanggan tetap di warung berkenaan dan ikan goreng bersama roti canai adalah menu pilihannya ketika bersarapan.

Katanya, dia mula menggemari menu itu sejak dulu lagi kerana rasa ikan segar yang digoreng itu enak dan isinya rasa manis.

“Memang menu disediakan berbeza dan sebab itulah saya lebih berminat bersarapan di kedai ini,” katanya.

So, apelagi...kalo agak2 rase lapo gi la mkn n sesape yg diet tu tahan2 jela yer! ngee~ Selamat Menjamu Selera!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...