Thursday, July 7, 2011

~Gila Kuasa!!~



Semalam aku dah berkongsi info tentang masalah hati iaitu hasad dengki n iri hati...arini aku nak sentuh tentang orang yg GILA KUASA plak! Boleh la dikatakan orang yg mempunyai sifat2 pendengki juga mempunyai sifat2 gila kuasa nih...zaman sekarang nih mcm2 orang boleh buat untuk menjatuhkan maruah n menutup periuk nasik orang lain disebabkan sifat2 dengki n gila kuasa nih...ish3...kesiaannnnn...so, skang nih jom kita baca tentang ciri2 orang yg boleh dikategorikan sebagai orang yg GILA KUASA!!

Ciri2 orang yg GILA KUASA!!:

1. Tak perlu hensem dan kaya, cuma perlukan bakat menipu yang amat tinggi. Percakapan teratur apabila bertutur adalah kelebihan si gila kuasa...eeee nyampah!!

2. Tidak akan mengaku kalah walau kelemahannnya terpampang dan biasanya akan menceritakan tentang ke"power"an nye sahaja..padahal takde ape pun! huh!

3. Suka "memetik" nama individu lain sekiranya dimarah oleh bos asalkan dia terlepas dari kesilapan yang dilakukan bersama rakan yang lain...tak pun memang die jenis yg expert buat sendiri tp pandai cover...cettt!!!

4. Suka menunjuk2 kerjanya yang tak seberapa tetapi dilakukan bagaikan best gile sekiranya didepan orang yang boleh menaikkan kuasa nye... naik mana lah sangat kuasa ko? 3000 HP?

5. Suka memandang rendah idea orang lain walau dia bodoh tentang itu. Biasanya orang seperti ini akan diam sekiranya ditanya ideanya tetapi biasa meng"kondem" idea orang lain...macamla die bgus sgt kan!! benci jek!!

6. Biasanya, mesti ada orang yang ada persamaan dengan dirinya, tetapi manusia jenis gila kuasa ini akan menjatuhkan seorang lagi makhluk yang gila kuasa ini dengan meng"kondem" antara satu sama lain...nampak sgt dh takde keje lain!

7. Dia akan berlakon begitu perfect didepan bos tetapi dibelakang boss malas nak mampus... satu benda kerja pun tanak buat.. dan mereka ini nak buat kerja yang boss buat je... kerja2 peon meon, clerk tanak buat walau takde orang nak buat..

8. Mereka ini juga tidak perlu mempunyai ciri2 seperti lelaki ampang...mereka perlu pandai jaga hati orang yang berkuasa sbb dia nak rampas kuasa yang ada...

9. Selalu memperlekehkan kerja2 yang membosankan dan tidak "CLASS" seperti yang dilakukan oleh orang bawahan...

10. Mereka ini bercita2 tinggi tapi usaha yg betul dijalankan takde...Baru masuk kerja dah bercita2 nak jadi MD. Kalau boleh nak naik MD dulu tanpa melalui rasa kepayahan dan keperitan duduk dibawah...

11. Orang macam ni juga selalu menceritakan kebaikannya pada boss dan akan membuka pekung orang lain dengan cara sindiran tanpa berterus terang sehinggakan timbul tanda tanya dari boss.

12. Kalau boleh semua kerjanya dilakukan oleh orang lain dan dia boleh bersenang lenang walau belum menjadi boss...ini mungkin satu latihan untuk menjadi orang yang berkuasa... Gila betul lah orang gila kuasa ni!!

13. Akan dibenci ramai dan akan dapat pahala umpatan atas segala perbuatannya yang diumpat oleh orang lain...Pegi mampus lah kau dengan pangkat yang kau kejar!!! ade aku kesah??!!! 


*Bagi aku tak perlu la nak tunjuk bagus kalo korang sendiri dh memang tak bagus...tunjuk jela setakat mane kemampuan korang...janganla nak berlagak bagus! bukan ke setiap orang ade kelebihan n kekurangan masing2...FIKIR2KANLAH!!!! adios!! (^_~)v


Sumber: The Altimet Kudu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...