Wednesday, July 6, 2011

Hasad Dengki dan Iri Hati~


 
Entry kali nih aku nk cerita pasal hasad dengki dan iri hati...seperti yg korang tau, hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yg terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan 'hasad' berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya. Dalam bahasa Melayu plak, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."

Kat setiap tempat kita tinggal, belajar, bekerja dan sebagainya mesti takkan lari daripada masalah hasad dengki nih...mengikut Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah: 

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur.Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati. 

 

So, kita kenalah sentiasa menghindarkan diri dari penyakit hati nih...bukan elok pun nak dengki2 orang nih..nanti akhirnya kita gak yg rugi...RENUNG2KAN!! FIKIR2KAN!! SELAMAT BERAMAL!! peace~ (^_~)v



Sumber: Halaqah.net

2 comments:

fauziana @ pojie said...

entri yg amat berguna utk merenung sejenak hati yg kadang-kadang lupa di vitaminkan dengan nasihat-nasihat hikmah.

terima kasih shbt.

ECHA said...

tau xpe! xpaham sungguh ngn org yg mcm ni..ntah apela yg diorng nk dengki2 nih kan..xde faedah pun...kdg2 kita nih perlu diingatkan sbb kita kdg2 mudah lupa tentang perkara2 mcm ni... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...