Monday, December 19, 2011

Tentang Dhia



Selesai sudah menonton cerita drama bersiri di TV3, Slot Akasia TENTANG DHIA...cerita yang aku rasa korang semua mesti tengok kan??? Mana taknya, setiap kali tepat pukul 5 petang semua berebut-rebut nak balik rumah secepat yang boleh sebab nak menonton cerita nih...

Kiranya aku pun sama la tuh...tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, aku terus ke kereta dan start enjin kereta memecut terus balik ke rumah sewa.... 

vrrrroooommmmmm!!! zzuuuuuussssssssssssssssss!!!!
-
-
-
Kalo la aku dapat kereta nih! Untung!! (Gambar Hiasan)
Tak rugi kalo korang tengok cerita nih! Lagipun banyak pengajaran yang diselitkan dalam cerita nih terutamanya dalam zaman moden sekarang...yang mana ramai jugak orang still guna ilmu hitam sebab cemburu, iri hati dan benci...sanggup bunuh-membunuh sebab nak penuhi kepuasan bila orang yang dibenci tuh mati...

So, cuba tengok dan hayati cerita nih daripada korang lebih kepada berangan nakkan lelaki macam si Zikir (Ady Putra) tu...aku tau la! Korang memang suka kan! (Aku pun sama! tak payah cakap orang!) haha~

Aku rasa aku dh start nak merepek kalo lagi panjang aku tulis ni! Kepada sesiapa yang belum menonton cerita nih, bolehla tonton di TV3 nnti yer! 

Selamat Menonton!

~Bila Rindu Bertamu~



Hari ni merupakan hari yang paling busy tapi aku still boleh update blog aku! Kira blog nih aku jadikan sebagai terapi jugaklah untuk menenangkan fikiran aku sekejap selepas berhempas-pulas memerah otak untuk marking assignment students! 

Tiba-tiba nak promote kolej tempat aku keje! hee~ ^_^
 Kadang-kadang terfikir gak nak cari kerja lain, tapi hati nih macam dah serasi plak!

Aku pun dah mula seronok dan sayang kat kerja nih...terutama kat students yang dah aku anggap macam adik aku sendiri...bila tengok diorang semua berjaya dan lulus subject aku, aku rasa terharu dan rasa bahagia sangat-sangat...

Betul kata orang, yang kerja sebagai pendidik nih tersangatla best! Memang penat tp berbaloi terutama bila students dapat higher marks dan lulus subject kita...Best!

Aku dah rasa macam jiwang pulak nih post benda alah nih! Why? Why?

Oklah! Stop! No more jiwang-jiwang! 

Sila buat kerja anda dengan rajin yer!
ADIOS!! (^_________^)

**Tajuk entry memang tak ada kena-mengena!! Saja bengong! heee~ (^_~)v

Sunday, December 18, 2011

Songlap! (Kerja Kotor. Sapu Bersih)


Aku dah tengok cerita SONGLAP ni! Korang dah ke belum?? Bagi aku, jalan cerita filem nih memang menarik...kiranya aku boleh bagi dalam 5 daripada 5 bintang....

Kat sini aku sharekan sikit sinopsis cerita nih...

Kisah bermula dengan 2 orang adik-beradik yang mana maknya adalah seorang pelacur...kiranya adik (syafie - sebagai ad) macam baik sikit la...tapi terpaksa ikut abang dia sebab nak cari duit untuk pergi jauh dari tempat diorang tu...abangnya plak (shaheizy - sebagai am) ni memang suka berjudi dan banyak kali kalah judi...so, ada orang offer kerja kat dia iaitu menjalankan aktiviti permerdagangan manusia...sebab tu nanti korang tengok akan ada seorang perempuan yang adik (ad) selamatkan dari kena jual...

Oppsss!! Aku tak boleh cerita lebih-lebih...Apa kata korang pergi tengok sendiri eh! Conform korang suka punya!! Pergi, jangan tak pergi!!

Sila la beratur membeli tiket wayang filem nih yer!
Selamat Menonton!

 

Kereknya Kau!!



Rasa macam poyo sangat kan entry aku kali nih...ngeee~ (^_^)

Anyway, tak ada benda pun nak update hari nih...just nak share gambar yang aku rasa dah macam cover album...aku ulang, cover album!!



Aku dah rasa macam dah terlalu famous dan dah banyak album aku pernah keluarkan...lagipun aku dah ada peminat setia yang sentiasa menyokong career aku selama nih...padahal kalo ikutkan, memang tak ada apa pun! haha~

See! Kan aku dh cakap! haha~
Dah-dah!! Aku dah tak sanggup nak membangga diri walau pada zahirnya memang aku tak reti pun main gitar!! hahahahaha~

Jangan Marah Yer!! 
ADIOS!! (^_~)v

Saturday, December 17, 2011

Aku Gediks~



Disebabkan aku tersangatlah stress menanda assignment student yg aku rase macam nak hantuk2 jer kepala aku kat dinding, lebih baik aku update blog aku! 

Kalo diikutkan xdela ape pun nak update, gediks jek lebih! hahaha~ :D
 
Nih semua disebabkan oleh assignment yang sememangnya banyak aku kena marking nih...kalo tak percaya, cuba korang tengok gambar yang aku uploadkan nih....




Banyak tak?? Nih baru sekotak! Ade lagi sekotak kat office tu yang belum aku marking lagi...Semua nih gara2 mengejar dateline carrymarks yang due pada hari Jumaat depan!

AKU STRESS!! gugugugugu~

***CONFIRM tak lama nanti aku kurus! Mana taknyer, hari2 duk mengadap benda alah nih... (ada kena-mengena tak pasal KURUS tu??? Aku dah bengong!)
 

Friday, December 16, 2011

~Kisah Ibu, Anak dan Cekodok!~

Entry harini berkenaan ibu dan anak...yang mana anaknyer mati tercekik disebabkan nak kan CEKODOK!! Sure korang gelak bagai nak rak!! Best!! Dilakonkan oleh student UiTM Jengka, Pahang! Apepun UiTM dihatiku!! Enjoy!! Weeee~ (^_~)v



Thursday, December 15, 2011

~6 Sebab Boleh Buat Lecturer or Cikgu Marah!~

Salam and Hye All!!


Entry aku kali nih pasal student aku yang sememangnyer tengah buat aku marah! Actually, bukan marah sangat pun! Just gerammmmmm sgt2!! Ada banyak sangat reason yang boleh membuatkan aku or korang (lecturer/cikgu) marah...tapi kat sini aku 'stated'kan hanya 6 saja! Cuba tengok, mana tau sama ke reasonnyer ngan aku!

Stress!! (*_*)
  1. Biasela, bila mengajar di IPTS nih kan kebanyakkan subject or memang semua subject in English..so, nak taknak aku kena mengajar in English...yang buat aku geram tu, bila aku mintak explain sesuatu 'term' tu, diorang dengan slumbernya bagi aku MAKSUD dalam bahasa Melayu! Kalo macam tu, lebih baik diorang kerja dengan Google sebagai translator, senang idup! Duit pun banyak! 
  2. DUE DATE ASSIGNMENT pun boleh jadi 1 masalah...mula2 semester lagi aku dah minta diorang hantar assignment diorang pada tarikh yang ditetapkan...tiap2 minggu aku tanya pasal assignment dengan diorang...tapi diorang buat2 tak tau dan sampai masa baru nak siapkan..as the result, assignment diorang memang assignment tangkap muat!! Segala macam benda merepek yang diorang letak dalam assignment tu!! (boleh migrain aku baca!)
  3. Yang ni lagi aku tak boleh 'handle' bila kebanyakkan student nih tak pernah nak ambil tahu assignment diorang...bila kita minta diorang tubuhkan GROUP untuk buat assignment, diorang buat tak reti jek..bila tarikh due date assignment dah tinggal lagi 2-3 minggu baru terhegeh2 datang jumpa tanya dia group mana??? Dah jadi 1 hal, aku pula yang kena pikir masalah group dia!!
  4. Bila sampai masa dah hantar semua report assignment, baru datang jumpa mintak tambah markah sebab diorang tau markah diorang sikit sangat...takut tak cukup CARRYMARKS untuk dicampurkan dengan final! (kadang2 bosan nak layan!)
  5. KEHADIRAN masa lecture and tutorial (depends on college --- ada college just ada lecture saja..tapi college aku ada dua2) memangla sangat tidak memberangsangkan!! Bila aku tanya kenapa tak datang kelas, boleh dia jawab lupa ada klas dan tak tau dia ada kelas haritu! (tak ke menyirap aku rasa! sabo jela!)
  6. Last skali, BUDI PEKERTI DAN ADAB SOPAN!! Yang ni memang agak kurang skit..terutama student yang rasa diri dia lebih hebat daripada lecturer/cikgu diorang...perkataan yang keluar dari mulut diorang memang boleh dikategorikan sebagai kurang asam! (sakit ati wooooo!!!)
**Walaupun aku memang nampak macam garang (nih student aku cakap...bukan aku!!) Aku SAYANG STUDENT AKU!!! LUV U ALL!! Peace~ (^_~)v


Monday, December 12, 2011

~Bercinta Selepas Kahwin!~

Today, aku nk kongsikan tentang kebahagian yg mungkin korang kecapi bila bercinta selepas kahwin! So, lepas ni korang boleh pilih sama ada nk bercinta sebelum kahwin or selepas kahwin...heee~ (^_~)v



Kebanyakkan pasangan zaman sekarang ni akan ada hubungan sebelum berkahwin which means 'couple'.. Kebanyakkannyer couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan (tuh maybe dh mmg jodoh die)...tp ada gak yang baru 'in relationship', then kahwin...dlm masa yg sama pun banyak gak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke-3??? Ops!! benarkah orang yg ke-3 menyebabkan banyak yang terputus hubungan?? maybe sbab perasaan yg dh berkurang dan menyebabkan pasangan dh mula rasa boring dlm meneruskan hubungan...betul ke???

Couple Sebelum Kahwin!!

Kalo nk diikutkn byk gak kebaikkan dan keburukkan yg ade bile 'couple' sebelum kahwin ni...so, jom kite tgk ape kebaikkan dan keburukkannyer...

  • Kenapa bagus?
Actually, bergantung pada niat sebenarnye...kalo niat kita baik, InsyaAllah segalanyer akan jd baik...lebih2 lagi kalo kite menjaga tatasusila dan adat sopan budaya serta batas2 pergaulan kita...boleh dikatakan kalo kite pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit or kire cm save budget la kan...heeee~ (^_^) Dikatakan cmtu sebab kalo dpt pasangan yg bgus, die takkan biarkan pasangannya membazirkan duit sesuka hati dan selalu mengingatkan pasangannyer supaya tak membazir...lagipun couple ni boleh saling mengingatkan antara satu sama lain especially untuk hal2 ibadah cthnyer, "u dah solat belum?".
  • Kenapa tak bagus?
Aku rase yg buruk nih mcm lebih byk jek kn...tp aku tak tau la...bergantung pada individu masing2...terutama soal iman dan nafsu...kalo iman tak kuat, mesti kita akan ikut nafsu dan bukan ikut akal fikiran...yela, mesti la ade perasaan nk cube sesuatu yg baru kn??tul tak??so, pikir2knla....heee~ (^_^)
Pasni mesti ramai yg ckp, 'Kalo tak jumpa dan kenal2 dulu, macam mana nak tau die tu sesuai untuk kite ke tak??' Tu sume terpulang pada individu masing2...yela, korang mesti ade pendapat dan pendirian sendiri kn tentang perihal cari jodoh nih kan...aku serahkan jawapannyer pd korang untuk pikir2kn...tetapi dalam Islam memang digalakkan bercinta selepas kahwin dan ianya sesuatu yg diredhai Allah s.w.t sebab kite nk buat apepun dh jd sesuatu yg halal antara suami dan isteri...lagipun bole elakkan fitnah dari org lain...

Nak cari calon yg sesuai nih mestila melihat kepada org yg mampu membahagiakan rumah tangga dengan memberi ketenangan, kerahmatan dan keharmonian di dalam perkahwinan...calon yg dikatakan sesuai adalah yg taat kepada agama dan berakhlak mulia...beriku adalah sabda Rasulullah mengenai calon yg bagus untuk dipilih:
Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)
**Secara kesimpulannya, memang seronok bercinta selepas kahwin nih!! cube korang bayang kan mcm drama Nora Elena ke...mesti best punyer!! apelagi, renung2kanla...ngeee~ (^_~)v

Credit to: Saiazuan Blog


Borang Permohonan Bantuan BR1M RM500

Wahhhhh!! A very long time sejak bulan September aku jarang 'update' blog aku...kali nih aku 'update' sbab aku nak kongsi ngan korang tentang Bantuan Permohonan BR1M RM500 yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia terutama yang mempunyai pendapatan kasar RM3000 dan kebawah...

Borang ni telah dikeluarkan pada 10 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu...borang ni boleh juga di 'download' melalui laman web Kementerian Kewangan, www.treasury.gov.my

Selain itu, borang ni boleh juga di'download' di link yg disediakan seperti dibawah:


Alternatif link download seperti di bawah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...