Thursday, December 15, 2011

~6 Sebab Boleh Buat Lecturer or Cikgu Marah!~

Salam and Hye All!!


Entry aku kali nih pasal student aku yang sememangnyer tengah buat aku marah! Actually, bukan marah sangat pun! Just gerammmmmm sgt2!! Ada banyak sangat reason yang boleh membuatkan aku or korang (lecturer/cikgu) marah...tapi kat sini aku 'stated'kan hanya 6 saja! Cuba tengok, mana tau sama ke reasonnyer ngan aku!

Stress!! (*_*)
  1. Biasela, bila mengajar di IPTS nih kan kebanyakkan subject or memang semua subject in English..so, nak taknak aku kena mengajar in English...yang buat aku geram tu, bila aku mintak explain sesuatu 'term' tu, diorang dengan slumbernya bagi aku MAKSUD dalam bahasa Melayu! Kalo macam tu, lebih baik diorang kerja dengan Google sebagai translator, senang idup! Duit pun banyak! 
  2. DUE DATE ASSIGNMENT pun boleh jadi 1 masalah...mula2 semester lagi aku dah minta diorang hantar assignment diorang pada tarikh yang ditetapkan...tiap2 minggu aku tanya pasal assignment dengan diorang...tapi diorang buat2 tak tau dan sampai masa baru nak siapkan..as the result, assignment diorang memang assignment tangkap muat!! Segala macam benda merepek yang diorang letak dalam assignment tu!! (boleh migrain aku baca!)
  3. Yang ni lagi aku tak boleh 'handle' bila kebanyakkan student nih tak pernah nak ambil tahu assignment diorang...bila kita minta diorang tubuhkan GROUP untuk buat assignment, diorang buat tak reti jek..bila tarikh due date assignment dah tinggal lagi 2-3 minggu baru terhegeh2 datang jumpa tanya dia group mana??? Dah jadi 1 hal, aku pula yang kena pikir masalah group dia!!
  4. Bila sampai masa dah hantar semua report assignment, baru datang jumpa mintak tambah markah sebab diorang tau markah diorang sikit sangat...takut tak cukup CARRYMARKS untuk dicampurkan dengan final! (kadang2 bosan nak layan!)
  5. KEHADIRAN masa lecture and tutorial (depends on college --- ada college just ada lecture saja..tapi college aku ada dua2) memangla sangat tidak memberangsangkan!! Bila aku tanya kenapa tak datang kelas, boleh dia jawab lupa ada klas dan tak tau dia ada kelas haritu! (tak ke menyirap aku rasa! sabo jela!)
  6. Last skali, BUDI PEKERTI DAN ADAB SOPAN!! Yang ni memang agak kurang skit..terutama student yang rasa diri dia lebih hebat daripada lecturer/cikgu diorang...perkataan yang keluar dari mulut diorang memang boleh dikategorikan sebagai kurang asam! (sakit ati wooooo!!!)
**Walaupun aku memang nampak macam garang (nih student aku cakap...bukan aku!!) Aku SAYANG STUDENT AKU!!! LUV U ALL!! Peace~ (^_~)v


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...