Tuesday, July 31, 2012

Sihat Ke???


Okey! Entri aku kali nih adalah berkenaan dengan D.I.E.T.. Yela, aku tau mesti ramai antara kita nak kelihatan cantik, ramping dan sihat terutama di hari raya nanti kan? kan? kan? Aku sebenarnya tertarik dengan 'articles' yang bercerita tentang Kebaikan dan Keburukan Atkins Diet..

Kebanyakkan kita semua rakyat Malaysia nih mesti tertarik dengan cara Atkins Diet nih..mana taknya, dengan mengamalkan Atkins Diet nih kita mampu mengurangkan berat badan dalam masa beberapa bulan sahaja..kalau memang ikut secara tepat cara Atkins nih, confirm boleh turun dalam masa beberapa minggu jek! (dah terbukti! kawan aku ikut diet nih!)

Tapi bagi pendapat aku, Atkins Diet nih tak sihat! Nak tau sebab apa??? Korang baca 'article' yang aku amik dari Google:

 Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.  

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak. 

Dan akhir sekali, seperti yang kita semua tahu, nasi megandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama bagi rakyat malaysia. Jadi , sampai bila kita nak mengharamkan nasi? makanan yang akan kita jumpa setiap hari.  

Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan diet sebegini atau tidak, berdasarkan pengalaman yang saya dengar, diet Atkins memang memenatkan, mungkin lagi penat dari berpuasa, ia disebab kandungan karbohidrat yang kurang kita ambil setiap hari.Ia juga memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi.

So, korang boleh nilai sendirikan mana yang baik dan mana yang buruk! Actually, aku pun mengamalkan diet! Tapi aku lebih kepada diet 'low-calorie' compared to 'low-carb'..dan aku berjaya turunkan berat badan sama macam kawan aku (yang amalkan Atkins Diet nih..yang aku mention kat atas td!) Kawan aku pun terkejut, walaupun aku makan nasi, tapi tetap boleh kurus! hehehehehe~ (^_~)v

Memang tak dinafikan, hasil Atkins Diet lebih cepat berbanding diet cara aku..tapi sekurang-kurangnya aku tak paksa badan aku secara 'extreme' untuk terus tolak karbohidrat..sebab risiko untuk mendapatkan sakit jantung memang cepat!

Oleh itu, terpulangla dekat korang semua untuk membuat pilihan sama ada nak ikut cara Atkins Diet ataupun ikut cara diet yang lain..tetapi pastikan diet korang tuh diet yang sihat yer! Adios!

SELAMAT BERPUASA YER!

Tuesday, July 24, 2012

Selamat Berpuasa!




Its been a while since my last post! Wahhhh..dah lama sangat dah tak meng'update' blog aku nih! Sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, aku ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua blogger-blogger seluruh Malaysia! 

Selamat menunaikan ibadah Terawih juga! 

Puasa Jangan Tak Puasa!!! (^_~)v





Wednesday, February 15, 2012

Jerung Makan Jerung!


Haaa! Korang pernah dengar tak sebelum-sebelum nih pasal jerung makan jerung?? Mesti tak pernah kan?? Okey! Kat sini aku nak tunjukkan kat korang ada 1 kejadian yang berjaya dirakam oleh Researcher yang tengah buat research pasal ikan "fish census" (aku pasal sains ni kurang sikit..harap maklum! heee~)...tengah syok-syok selam dan ambil gambar, tiba-tiba dia ternampak ada seekor jerung tengah makan seekor jerung yang lain...

So, apa lagi...terkejut sangat-sangatla orang tu! Korang still tak percaya ker?? 

Ni haaa!!! Jeng Jeng Jeng!! (elemen suspen mesti ada ok! baru ada feel! haha!)


**Ni jerung dalam air, kalo jerung darat camna la eh?? Ada ke jerung darat?? ADA!! Cuba fikir! haha~ (^_~)v

Tuesday, February 14, 2012

Thursday, February 9, 2012

Dap Dup! Dap Dup!



Dap Dup!! Dap Dup!! Dap Dup!!

Harini adalah hari di mana semua pensyarah akan tak senang duduk...Hari yang menentukan sama ada terbayar atau pun tak segala penat lelah selama satu sem nih...Ya! Keputusan peperiksaan bagi pelajar UUM akan diumumkan hari nih di laman Portal Komuniti UUM bermula pukul 3 petang...

Ohhhh!! Jantung nih dah macam nak tercabut rasanya lebih-lebih lagi dapat tau result students...

Alhamdulillah kebanyakkannya lulus...tapi setakat lulus cukup-cukup makan je la...nak buat macam mana, mungkin dah tak ada rezeki buat mereka yang tak berapa nak bagus...

Bagi aku, mereka dah buat yang terbaik...

Yang penting, aku berpuas-hati sebab dapat beri ilmu yang aku ada untuk generasi akan datang...

CONGRATULATIONS TO ALL MY STUDENTS! AM PROUD OF U ALL! WELL DONE!

Wednesday, January 4, 2012

~Selamat Kembali Ke Sekolah!!~

Welcome Back to School!!


Waaahhhh!! Harini hari murid-murid tahun 1 mula mendaftar persekolahan! 
Semua mak ayah ambil cuti sebab nak hantar anak-anak mereka ke sekolah...macam mana la gayanya diorang nih semua pergi sekolah kn...mesti ada yang excited! Ada gak yang takut, cemas, ragu-ragu, malu dan macam-macam lagi kn...kadang-kadang yang selalu rasa camtu mestila mak ayah diorang...selalunya anak diorang takda rasa apa pun! Betul tak?? heeee~

Tak lupa juga pada murid-murid tahun 2 dan ke atas...semuanya bersekolah semula harini setelah lama bercuti!! Mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan...tapi ada juga yang malas nak datang sekolah..mana taknya, dah lama sangat cuti sekolah kan?! hee~ (^_^)


Teringat zaman-zaman persekolahan dulu walaupun dah hampir 10 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan...rindunya nak kembali ke sekolah! Rindu nak buat bising...nak buat nakal...nak kacau orang...nak ponteng kelas...nak kena rotan ngan cikgu (lagi-lagi masa tu still guna kayu pembaris panjang letak kat papan hitam tu!!)...Arrgghhhhh!! Rindunya!!

Walau apa pun aku ucapkan:
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ADIK-ADIK!! BELAJAR RAJIN-RAJIN YER!!

Tuesday, January 3, 2012

Dia Datang Lagi!!


Akhirnya Dia Datang Lagi!!

Final Exam menjelma lagi! Semoga kejayaan mengiringi semua pelajar kesayanganku! Walaupun bukan aku yang ambil exam, tapi debaran tetap terasa...huuu~


Teringat kenangan waktu zaman belajar dulu...wahhhhh! rindunya!!
 Macam-macam yang aku buat supaya aku dapat ingat apa yang aku dah study...lagi-lagi waktu nak menghafal 'point-point' penting..bermacam-macam gaya yang aku dah buat! So, kat sini aku sharekan sikit tips nak senang ingat 'point' penting untuk jawab periksa....check it out!!
  1. Korang bangun awal-awal pagi! Aku tau, bab-bab bangun awal pagi nih memang susahkan! Tapi kalo ikutkan, bangun pagi nih bagus dan penting untuk ingatan...bukan apa, pagi-pagi kan otak tengah fresh lagi...so, apa yang kita baca senang nak ingat!
  2. Korang tido awal! Haaaa!! Yang nih lagi penting! Mana taknya, korang kan dah berhempas-pulas membaca dan menghafal 'point-point' penting sepanjang hari kan?? Apa kata, korang cuba tido awal bagi otak rehat dulu malam tu supaya esok pagi korang bangun pagi korang senang ingat balik apa yang dah korang baca!! Takkan nak bagi otak korang jem kot!
  3. Korang buat nota kecik! Uiks!! Yang nih bukan TOYOL eh! Maksud aku, lepas korang baca, korang buat nota kecik tulis balik apa yang dah korang baca...selalunya cara nih memang terbukti menjadi! memang korang akan senang ingat punya! aku gerenti! (^_^)
  4. DOA! Okey! Korang kan dah puas berusaha kan...so, korang kenalah kembali pada yang SATU (Allah S.W.T)...yela, semoga apa yang korang baca tu mudah diingati dan apa yang korang pelajari tuh akan diberkati...InsyaAllah... (^_^)
Setakat tu jela yang leh aku kongsi! Kalo korang rasa korang ada cara yang lain, leh la korang kongsikan sekali...nih just apa yang aku dah praktiskan dulu! Actually, banyak lagi...cuma aku malas nak tulis banyak-banyak! hahahaha~ (^_~)v

***For my students, Goodluck for your final exam! Chayok!! Chayok!! Love you all!! Peace~ (^_~)v

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012!


Happy New Year 2012 to all bloggers!!!

Semoga tahun baru nih (tahun 2012) penuh dengan kegembiraan dan kesejahteraan di dunia dan InsyaAllah akhirat nanti!! Diharap segala kedukaan dan kepahitan sepanjang tahun 2011 yang lalu hilang dan dijadikan sebagai kenangan yang tersimpan rapi di dalam kotak ingatan!!

Wahhh!! Cara aku cakap dah macam penyair or penyajak je gayanya! haha~ (^_~)v

Walau apapun, semoga tahun ni aku doakan semuanya berada dalam keadaan yang aman dan harmoni sentiasa! May gain a lot of happiness this year!! Yippppiieeee!!! (^_^)

***Nampaknya umur aku semakin meningkat...ohh tidakkkk!! (mana nak cari calon ni???) (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...