Tuesday, July 31, 2012

Sihat Ke???


Okey! Entri aku kali nih adalah berkenaan dengan D.I.E.T.. Yela, aku tau mesti ramai antara kita nak kelihatan cantik, ramping dan sihat terutama di hari raya nanti kan? kan? kan? Aku sebenarnya tertarik dengan 'articles' yang bercerita tentang Kebaikan dan Keburukan Atkins Diet..

Kebanyakkan kita semua rakyat Malaysia nih mesti tertarik dengan cara Atkins Diet nih..mana taknya, dengan mengamalkan Atkins Diet nih kita mampu mengurangkan berat badan dalam masa beberapa bulan sahaja..kalau memang ikut secara tepat cara Atkins nih, confirm boleh turun dalam masa beberapa minggu jek! (dah terbukti! kawan aku ikut diet nih!)

Tapi bagi pendapat aku, Atkins Diet nih tak sihat! Nak tau sebab apa??? Korang baca 'article' yang aku amik dari Google:

 Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.  

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak. 

Dan akhir sekali, seperti yang kita semua tahu, nasi megandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama bagi rakyat malaysia. Jadi , sampai bila kita nak mengharamkan nasi? makanan yang akan kita jumpa setiap hari.  

Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan diet sebegini atau tidak, berdasarkan pengalaman yang saya dengar, diet Atkins memang memenatkan, mungkin lagi penat dari berpuasa, ia disebab kandungan karbohidrat yang kurang kita ambil setiap hari.Ia juga memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi.

So, korang boleh nilai sendirikan mana yang baik dan mana yang buruk! Actually, aku pun mengamalkan diet! Tapi aku lebih kepada diet 'low-calorie' compared to 'low-carb'..dan aku berjaya turunkan berat badan sama macam kawan aku (yang amalkan Atkins Diet nih..yang aku mention kat atas td!) Kawan aku pun terkejut, walaupun aku makan nasi, tapi tetap boleh kurus! hehehehehe~ (^_~)v

Memang tak dinafikan, hasil Atkins Diet lebih cepat berbanding diet cara aku..tapi sekurang-kurangnya aku tak paksa badan aku secara 'extreme' untuk terus tolak karbohidrat..sebab risiko untuk mendapatkan sakit jantung memang cepat!

Oleh itu, terpulangla dekat korang semua untuk membuat pilihan sama ada nak ikut cara Atkins Diet ataupun ikut cara diet yang lain..tetapi pastikan diet korang tuh diet yang sihat yer! Adios!

SELAMAT BERPUASA YER!

Tuesday, July 24, 2012

Selamat Berpuasa!




Its been a while since my last post! Wahhhh..dah lama sangat dah tak meng'update' blog aku nih! Sempena bulan Ramadhan yang mulia nih, aku ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua blogger-blogger seluruh Malaysia! 

Selamat menunaikan ibadah Terawih juga! 

Puasa Jangan Tak Puasa!!! (^_~)v





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...