Recipes

FOOD!! When we talk about food, everyone luvs it! Due to my passion for food, I want to share the recipes that I learned from my mom, my friends and some of the Internet and magazines...so, lets COOK and EAT!!

Untuk pengenalan recipe kali ni...aku kongsikan recipe favourite aku ngan korang...aku suke sgt makan lauk ni...so, apelagi TRY la!! hee~ (^_~)v 

 'Asam Pedas Ikan Pari'
'Asam Pedas Ikan Pari'

Bahan-bahan:
600 gm ikan pari
300 gm bendi
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya  

Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia (optional)

Cara-cara:
Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendi, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.

*Disebabkan aku xsempat nk amik gamba mase aku masak lauk ni, gamba bawah menunjukkan lebih kurang cmnila contohnyer lauk 'Ikan Tenggiri Masak Asam'...

'Ikan Tenggiri Masak Asam'
'Ikan Tenggiri Masak Asam'

Bahan-Bahan:
2 atau 3 potong ikan tenggiri
2 sudu serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Sedikit air asam jawa



Cara-Cara:
Ikan dibasuh bersih kemudian toskan airnya. Ikan hendaklah digoreng separuh masak (gaulkan dengan kunyit dan garam) kemudian diangkat. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang halus. Panaskan sedikit minyak. Setelah itu tumiskan bawang-bawang serta halia yang sudah dimayang tadi hingga garing. Bila telah garing masukkan pula serbuk kunyit tadi. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih masukkan ikan. Setelah separuh masak tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Sesudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 

*Resipi seterusnyer nih adalah LAKSA...aku suke sgt mkn laksa...nih adelah resipi dari mak aku...mak aku mmg pandai masak laksa...aku namakan resepi ni 'LAKSA CINTA MAMA'..so, korang leh la try wat! aku gerenti laksa ni SEDAP!! YUMMYYY!! (rugi korang xtry! haha~)

'Laksa Cinta Mama'

'Laksa Cinta Mama' 

Bahan-bahan:
250g Laksa (1 bungkus) - direndam dan dikukuskn.
1 kg ikan sardin / ikan kembung
2 kuntum bunga kantan
2 biji timun
8 keping asam keping (lagi byk lagi sedap)
2 biji bawang besar 
10-15 tangkai cili kering 
Segenggam ikan bilis (mmg sedap kalo ade)
Daun kesum
Cili api 

5 biji bawang kecil
Garam secukupnya 

Cara-cara:
Ikan sardin/kembung direbus bersama 3 keping asam keping dan sedikit garam. Bila sudah masak, ikan ditoskan dan air rebusan ikan jangan dibuang. Isi ikan diambil dan kisar ikan bersama air rebusan tadi. Tulang2 ikan juga boleh dikisar sekali dan ditoskan untuk mendapatkan rasa ikan yang lebih manis.

Kisar bawang kecil, ikan bilis, cili kering. Campurkan semua bahan2 kisar termasukla ikan ke dalam periuk dan masakkan. Apabila mendidih, masukkan bunga kantan, daum kesom, 5 keping asam keping, air (kalo pekat sgt) dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Timun, cili api, bawang besar dan limau kasturi boleh la dipotong dan dimakan bersama laksa.  

*Hari ni (5/5/2011) aku msk sardin lepas blk dri keje...mmg korng nmpak cm xmenarik, tp kdg2 mknan simple2 ni la yg plg sedap dan menyelerakan lebih2 lg bila dh lapo! meh c ni aku nk kongsikan resepi sardin supaya jd lebih SEDAP!! NYUM!! NYUM!! ngee~ 

'Gulai Sardin'
'Gulai Sardin'
Bahan-bahan:
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili api
Cili boh (lg sedap guna cili kering yg dikisar sendiri)
Asam jawa
2-3 biji limau kasturi
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api di dalam kuali sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan masak sehingga cili betul2 masak. Masukkan pula sardin tin dan kacau rata. Setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan perahan limau kasturi (tahap masam asam terpulang pada individu). Kalo agak2 pekat, tambahkan sedikit air dan bolehla diletakkan garam secukupnya.

AKU SARANKAN KORANG UNTUK CUBA RESEPI AKU!! MANA TAU KORANG SUKA!! hee~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...